quantum metal simpanan emas patuh syariah

Bagaimana Cara Beli GCA Quantum Metal

cara beli gca quantum metal

Table of Contents

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp

Di penulisan saya kali ini, saya akan kongsikan kepada anda cara beli GCA Quantum Metal. Tetapi sebelum itu, anda boleh daftar akaun Quantum Metal di sini dan anda boleh ikut cara daftar akaun Quantum Metal di sini.

Apa itu GCA Quantum Metal?

Pernahkah anda mendengar tentang konsep “PAJAK EMAS”? Ini merujuk kepada amalan memajak emas di kedai-kedai emas atau Ar Rahnu, sebagai contoh. Anda memajakkan emas anda dan anda akan menerima kembali wang tunai sebanyak 70%-85% dari nilai semasa emas yang anda pajak. Amalan ini adalah lazim dilakukan. Setelah anda menerima wang, anda harus menebus semula emas anda dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, seperti 3 bulan, 6 bulan, setahun, dan sebagainya. Terdapat bayaran bulanan yang telah ditetapkan. Jika anda gagal untuk membayar dalam tempoh yang telah ditetapkan, emas anda akan dilelong dan dijual mengikut perjanjian.

“GCA” adalah singkatan bagi “Gold Convert Account”. Fasiliti ini membolehkan anda menukarkan “convert” emas anda kepada tunai untuk anda berbelanja dan pada masa sama mengekalkan pegangan emas and 100%.

Sebagai contoh, anda membeli emas berjumlah RM1,000.00 di akaun simpanan emas anda (GSA). Lalu anda menggunakan fasiliti GCA ini untuk menukarkan emas anda kepada tunai kerana anda mempunyai keperluan untuk menggunakan wang. Anda akan mendapat pembiayaan sebanyak 85% dalam masa 1-5 hari bekerja untuk anda berbelanja.

Apa jadi dengan emas yang anda beli itu?

Emas anda tidak akan berkurang walaupun anda sudah terima pembiayaan 85% tersebut. Emas anda akan disimpan di dalam “Holding Inventory” dengan berat yang sama semasa anda membeli emas sebanyak RM1000 itu.

Apabila harga emas meningkat, anda akan mendapat keuntungan daripada 100% pegangan emas anda tersebut.

Untuk fasiliti GCA Quantum Metal ini, anda diberi pilihan samada anda hanya mahu “Terminate” GCA anda dan mengambil keuntungan sahaja ataupun anda mahu tebus kembali emas anda. Sekiranya anda memilih untuk tebus emas anda, anda boleh membuat bayaran secara penuh atau secara ansuran.

Quantum Metal tidak menetapkan sebarang tempoh untuk anda “Terminate” GCA anda. Selagi GCA anda belum untung, anda tidak perlu “Terminate” dan emas anda TIDAK akan dilelong.

Saya ada sediakan kalkulator untuk anda kira GCA anda sudah untung ataupun belum.

Cara nak beli GCA Quantum Metal

Langkah pertama, anda perlu login dahulu ke akaun Quantum Metal anda di Quantum Metal login. Setelah anda login, anda akan dipaparkan laman utama akaun Quantum Metal anda seperti di bawah.

akaun quantum metal

Sebelum anda boleh menggunakan fasiliti GCA Quantum Metal, anda perlu memiliki emas terlebih dahulu. Caranya adalah dengan membeli emas di GSA.

cara nak beli gca quantum metal

Pada bahagian kiri laman utama Quantum Metal, anda akan dapat lihat “Menu” seperti di atas. Anda tekan pada “GSA” dan seterusnya “QM Sell”.

cara beli gca quantum metal

Di sini ada beberapa perkara yang anda perlu masukkan.

  1. Pada Bahagian Gold Storage Account No. : Pilih akaun GSA anda
  2. QM Sell : Masukkan jumlah yang anda mahu buat GCA (Min : RM150)
  3. QM Sell Method : Pilih Betterpay – FPX
  4. Convert To Gold Convert : Tick pada kotak tersebut
  5. Gold Convert To : Pilih akaun bank yang anda masukkan semasa pendaftaran

Klik “Submit”

cara beli gca quantum metal

Semak semula semua maklumat di atas dan “Tick” pada kotak yang disediakan.

Anda juga boleh muat turun semua dokumen perjanjian.

Seterusnya, anda klik pada butang “Continue”.

Anda akan melalui proses pembayaran secara FPX.

Tahniah, anda telah berjaya membeli emas dan menukarkan emas anda kepada tunai menggunakan fasiliti GCA Quantum Metal.

Duit 85% akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 1-5 hari bekerja.

Cara Nak Tengok Senarai GCA

Anda boleh lihat simpanan emas GCA anda di “Holding Inventory”.

holding inventory quantum metal
senarai gca quantum metal
Senarai GCA

Kalau anda berminat nak tahu macam mana caranya untuk menggandakan asset, anda boleh baca artikel saya tentang Gold Asset Enhancement (GAE).

Perbandingan keuntungan di antara GSA dan GAE? Sila guna kalkulator perbandingan di sini.

FAQ GCA Quantum Metal

Apa itu GCA Quantum Metal?

GCA adalah singkatan bagi "Gold Convert Account".

Apakah Spread bagi GCA Quantum Metal?

Spread bagi fasiliti GCA Quantum Metal adalah sebanyak 7%.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk duit dimasukkan ke dalam bank?

1-5 hari bekerja.

Adakah saya akan dikenakan caj untuk menggunakan fasiliti GCA ini?

Ya. Caj yang dikenakan adalah sebanyak 3.5% setahun daripada jumlah pembiayaan yang anda terima. Caj ini akan ditolak secara sendiri daripada keuntungan semasa anda "Terminate" GCA anda nanti.

Adakah GCA ini dikira sebagai hutang?

Tidak. Duit yang anda terima adalah pembiayaan dan bukan hutang.

Adakah emas saya akan dilelong sekiranya saya tidak "Terminate" GCA saya?

Tidak. Tiada tempoh yang ditetapkan untuk anda "Terminate" GCA anda. Anda boleh simpan GCA anda selama mana yang anda mahu.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk saya mendapat keuntungan dari fasiliti GCA Quantum Metal ini?

Segala keuntungan adalah berdasarkan harga emas dunia (London Metal Exchange). Quantum Metal tidak menjanjikan sebarang ROI yang tetap untuk setiap fasiliti yang ditawarkan.

profile image
Hasif Haron

Consultant QM

Nurha Group

No. Tel : +60125656066

kiraan zakat emas
Kiraan Zakat Emas

Pendahuluan Selamat datang, pembaca yang dihormati! Anda mungkin berada di sini kerana anda ingin tahu bagaimanakah kiraan zakat emas. Selamat datang ke panduan komprehensif ini.

Baca Artikel »