quantum metal simpanan emas patuh syariah

Cara Daftar Quantum Metal

quantum metal registration

Table of Contents

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp

Cara daftar quantum metal memang mudah! Dalam penulisan saya kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara untuk daftar akaun Quantum Metal Gold. Pendaftaran akaun Quantum Metal adalah 100% percuma tau!

Apa itu Quantum Metal?

Sebelum saya tunjukkan cara daftar akaun Quantum Metal, saya akan kongsikan serba sedikit tentang Quantum Metal. Mungkin ramai yang masih belum tahu apa itu Quantum Metal Malaysia sehingga ada yang menyatakan quantum metal penipu.

Quantum Metal merupakan satu platform yang membolehkan kita melakukan jual beli emas. Kita boleh melakukan transaksi jual beli emas tersebut secara online sahaja. Tapi anda jangan risau! Fizikal emas yang anda beli itu ada tersimpan di dalam peti besi pihak ketiga iaitu BRINKS SINGAPORE. Anda juga boleh layari laman web rasmi Quantum Metal untuk mengenali dengan lebih dalam syarikat Quantum Metal Sdn. Bhd.

Anda boleh baca tentang produk-produk Quantum Metal di sini.

Nak tahu macam mana nak daftar akaun Quantum Metal tak? Kalau nak tahu, teruskan baca artikel ini tau.

Pilih Warganegara untuk daftar Quantum Metal

Jom saya akan kongsikan langkah demi langkah untuk anda membuka akaun percuma Quantum Metal Malaysia. Langkah pertama anda boleh klik di sini untuk memulakan proses pendaftaran Quantum Metal. Selepas itu anda akan diminta untuk memilih kewarganegaraan anda seperti di bawah.

cara daftar quantum metal

Anda pilih negara Malaysia dan tekan “Next”.

Maklumat Peribadi (Cara Daftar Quantum Metal)

Seterusnya, anda akan diminta untuk mengisi maklumat peribadi. Sila rujuk gambar di bawah:

cara daftar quantum metal

Sebelum anda mengisi apa-apa di bahagian ini, pastikan anda pilih “Mobile Number” di bahagian “Select Registration Verification”. Ini adalah untuk memudahkan bagi kami dari Nurha Group untuk invite anda memasuki group Whatsapp kami. Di dalam group inilah kami banyak memberi tunjuk ajar tentang Quantum Metal Malaysia. 

Kemudian. anda boleh isikan nama penuh anda, nombor kad pengenalan dan juga nombor handphone anda. Selepas isi semuanya, anda klik butang “Submit” di bahagian bawah.

Terms and Conditions

cara daftar quantum metal

Seterusnya anda akan dipaparkan “Terms and Conditions”. Sila baca dan fahami sebelum anda tick kotak “I Agree”. Kemudian anda tekan butang “I Agree” di bawah.

Set Password Akaun Quantum Metal

cara daftar quantum metal

Sekarang anda perlu buat kata laluan (password) akaun Quantum Metal anda. Pastikan kata kunci anda mempunyai:

      • 1 HURUF BESAR

      • 1 huruf kecil

      • 1 Simbol

      • 1 Nombor

    Sebagai contoh “ABcde@123456”

    Verifikasi TAC

    tac pin

    Anda akan menerima 6 digit kod (TAC) melalui emel atau sms. Ini bergantung kepada pilihan anda semasa pengisian “Maklumat Peribadi”. Sekiranya anda berdaftar menggunakan nombor telefon, anda akan menerima TAC melalui SMS.

    Isikan 6 digit kod yang anda terima di ruangan “TAC”. Kemudian klik butang “Confirm”

    Setup Your Six Digit Pin

    safety pin quantum metal

    Seterusnya, anda perlu masukkan 6 digit pin keselamatan. Pin ini akan digunakan setiap kali anda ingin melakukan transaksi seperti transfer atau jual emas anda.

    *6 DIGIT PIN INI TIDAK SAMA DENGAN TAC KOD

    *PASTIKAN ANDA TIDAK LUPA 6 DIGIT SECURITY PIN INI

    Pendaftaran Quantum Metal Anda Berjaya

    pendaftaran berjaya

    Tahniah, pendaftaran akaun Quantum Metal Malaysia anda telah berjaya! Anda boleh log masuk akaun Quantum Metal anda di Quantum Metal login.

    Senang kan nak daftar akaun Quantum Metal ni. Pendaftaran akaun Quantum Metal memang 100% percuma. Tiada sebarang caj yang akan dikenakan untuk membuka akaun Quantum Metal Malaysia tau! Sekiranya anda ada persoalan tentang Quantum Metal Malaysia, anda boleh juga hubungi saya di sini. Anda boleh juga kongsikan cara register Quantum Metal ini kepada kenalan anda.

    Soalan Lazim

        • Bolehkan saya mendaftar akaun terus dari laman web rasmi Quantum Metal?
              • Boleh, cuma anda digalakkan untuk mempunyai “referral” supaya mudah untuk anda mendapatkan pertolongan sekiranya terdapat apa-apa masalah.

          • Adakah saya perlu membayar untuk pendaftaran Akaun QM Gold Storage?
                • Pendaftaran Akaun Simpanan Emas QM adalah Percuma (FOC).

            • Siapakah yang layak mendaftar Akaun Simpanan Emas QM?
                  • Berikut adalah kriteria untuk pendaftaran Akaun Simpanan Emas dengan QM:
                        • Berumur 18 tahun & atas;

                        • Pemegang MyKad warganegara Malaysia dan memiliki akaun bank berdaftar di Malaysia atau memiliki passport yang sah untuk bukan warganegara dan memiliki akaun bank tempatan/ akaun bank antarabangsa.

                • Bolehkah syarikat mendaftar Akaun Simpanan Emas QM?
                      • Ya. Mana-mana syarikat yang berdaftar dengan SSM dibenarkan membuka Akaun Simpanan Emas dengan QM tertakluk kepada terma dan syarat. Sila hubungi No. Talian Khidmat Pelanggan QM: 03- 8605 3611 atau emel ke care@qbeb.org untuk maklumat lanjut.

                  • Mengapa saya perlu melakukan KYC dan adakah Akaun Simpanan Emas saya akan tamat tempoh jika tiada tarnsaksi dilakukan selepas pengesahan KYC?
                      • Semakan Kenali Pelanggan Anda (KYC) adalah penting untuk memastikan butiran peribadi Pelanggan seperti NRIC atau nama Pasport dan rekod Akaun Bank adalah tepat dan benar seperti maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem QM. Selepas pengesahan dan pendaftaran KYC selesai, Akaun Simpanan Emas anda akan kekal aktif walaupun tiada transaksi sehingga permintaan penamatan akaun diserahkan kepada QM.
                    •  

                  profile image
                  Hasif Haron

                  Consultant QM

                  Nurha Group

                  No. Tel : +60125656066

                  kiraan zakat emas
                  Kiraan Zakat Emas

                  Pendahuluan Selamat datang, pembaca yang dihormati! Anda mungkin berada di sini kerana anda ingin tahu bagaimanakah kiraan zakat emas. Selamat datang ke panduan komprehensif ini.

                  Baca Artikel »