quantum metal simpanan emas patuh syariah

Cara Kira GCA Quantum Metal

cara kira gca quantum metal

Table of Contents

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp

Di penulisan saya kali ini, saya akan kongsikan cara kira GCA Quantum Metal. Saya yakin ramai yang masih lagi pening kalau bab-bab pengiraan GCA Quantum Metal ni.

Sekiranya anda masih belum ada akaun Quantum Metal, anda boleh daftar PERCUMA akaun anda di sini. Saya juga ada kongsikan cara untuk daftar akaun Quantum Metal.

Cara baca maklumat “Holding Inventory”

GCA Overview

Simpanan GCA anda akan tersimpan di dalam “Holding Inventory”. Jadi apakah yang anda boleh lihat di bahagian “Holding Inventory” anda.

  • Total GCA : Ini adalah berat keseluruhan emas di dalam “Holding Inventory” anda
  • Approx Value : Nilai semasa emas di dalam “Holding Inventory”
  • Convert : Jumlah duit yang anda sudah terima (85%)
  • Net Gain/Loss : Untung atau Rugi secara keseluruhan GCA anda

Anda faham setakat ini?

Sekiranya anda mahu lihat GCA anda secara lebih terperinci, anda tekan pada butang “View”.

Anda akan dapat lihat keseluruhan senarai GCA yang telah anda buat.

senarai gca

Seterusnya, klik pada “Ref ID” GCA yang anda mahu lihat secara lebih terperinci.

Di bawah ini adalah contoh maklumat GCA secara terperinci.

detail gca
  • Contract Start Date : Tarikh anda buat GCA
  • Down Payment Value : Jumlah keselurah GCA anda setelah tolak Spread 7%
  • Current Value : Nilai semasa emas anda
  • Convert : Duit 85% yang sudah masuk ke bank akaun anda
  • Profit Rate : Total daily management fee

Cara kira GCA Quantum Metal

Anda bandingkan “Current Value” dengan “Down Payment Value”.

Kita ambil contoh di atas:

Current Value = RM2327.76

Down Payment Value = RM2336.42

Apabila “Current Value” lebih rendah daripada “Down Payment Value”, ini bermaksud GCA anda masih lagi RUGI.

[RM2327.76-RM2336.42] = -RM8.66

Cara Kira Nett Gain / Loss

Pengiraan untuk Net Gain/Loss:

[Current Value – Down Payment Value] – Management Fee

[RM2327.76-RM2336.42] – RM3.87 = -RM12.53 [Nett Gain/Loss]

Cara Kira Nett Cashout

[Current Value – Convert] – Management Fee

[RM2327.76 – RM2126.14] – RM3.87 = RM197.75 [Nett Cashout]

Nett Cashout ini adalah jumlah yang anda akan terima apabila anda “Terminate” GCA anda.

Ambil Kira Spread 7%

Jumlah “Nett Cashout” ini tidak termasuk dengan pengiraan Spread 7%. Spread yang dikenakan adalah Cost juga jadi anda perlu mengambil kira jumlah Spread anda.

[Down Payment Value + 7%] = MODAL GCA ANDA

[RM2336.42 + 7%] = RM2499.97 @ RM2500 – Ini adalah modal GCA

Modal sebenar GCA anda adalah 15% sahaja, 85% lagi sudah masuk ke dalam bank akaun anda.

Jadi cara mudah untuk tahu GCA anda sudah untung ataupun belum, anda perlu kira berapa Modal sebenar anda buat GCA itu.

RM2500 x 15% = Modal sebenar GCA

[RM2500 x 15%] = RM375, ini adalah modal sebenar

Apabila “Nett Cashout” sudah lebih daripada modal sebenar (15%), maka anda sudah UNTUNG.

Jadi GCA saya ni sudah untung ke?

RM197.75 < RM350 (Nett Cashout < Modal 15%)

Jawapannya belum, sebab “Nett Cashout” saya masih belum melebihi modal sebenar (15%).

Anda juga boleh menggunakan GCA Profit Calculator yang saya sediakan bagi memudahkan pengiraan GCA anda. Calculator ini sudah mengambil kira Spread 7% jadi anda tidak perlu lagi kira secara manual.

FAQ

Berapakah jumlah minimum GCA Quantum Metal?

Jumlah minima untuk GCA adalah RM120.

Adakah GCA saya akan dijual secara paksa sekiranya saya tidak jual sebelum tamat tempoh?

Tidak. Anda boleh simpan GCA anda seberapa lama yang anda mahu. Tidak ada tempoh yang ditetapkan untuk anda "Terminate" atau Tebus GCA anda.

Adakah GCA ini mempunyai sebarang caj bulanan?

Tidak. Anda hanya akan dikenakan Management Fee ke atas GCA anda.

Berapakah Management Fee bagi GCA?

3.5% setahun daripada jumlah "Convert" anda. Fee ini juga akan ditolak daripada keuntungan GCA anda apabila anda "Terminate".

profile image
Hasif Haron

Consultant QM

Nurha Group

No. Tel : +60125656066

kiraan zakat emas
Kiraan Zakat Emas

Pendahuluan Selamat datang, pembaca yang dihormati! Anda mungkin berada di sini kerana anda ingin tahu bagaimanakah kiraan zakat emas. Selamat datang ke panduan komprehensif ini.

Baca Artikel »