quantum metal simpanan emas patuh syariah

GAE Quantum Metal

gae quantum metal

Table of Contents

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp

Apa itu GAE?

Apakah itu GAE yang ditawarkan oleh Quantum Metal? Baik, GAE merupakan singkatan untuk “Gold Asset Enhancement”. Fasiliti GAE Quantum Metal ini merupakan satu-satunya akaun simpanan emas berganda yang patuh syariah yang tidak terdapat di tempat lain. Dalam kata mudah, GAE ini adalah “Killer Product”!

Konsep GAE

Anda mesti tertanya-tanyakan macam mana GAE Quantum Metal ini boleh memberi kita simpanan emas yang berganda. Baik, fasiliti GAE ini menggunakan konsep pembiayaan Tawarruq.

Apa itu Tawarruq?

Tawarruq adalah suatu bentuk urus niaga jual beli yang melibatkan pembelian suatu komoditi dengan pihak pertama, kemudian komoditi tersebut dijual kepada pihak ketiga dengan pembayaran tunai untuk mendapatkan wang tunai.

Konsep Tawarruq ini bukan suatu yang baru ya. Banyak agensi-agensi tempatan yang menggunakan konsep pembiayaan Tawarruq ini sebagai contoh:

Anda juga boleh baca artikel dari bharian.com ini yang bertajuk “Alliance Bank sedia pilihan pembiayaan tawarruq“.

Jadi konsep pembiayaan Tawarruq ini bukanlah suatu konsep yang asing. Ia juga telah diiktiraf oleh:

  • Bank Negara Malaysia
  • ISRA
  • INCEIF
  • AAOIFI

GAE Quantum Metal

Terdapat dua(2) jenis GAE yang disediakan oleh Quantum Metal iaitu GAE5X dan juga GAE10X. Jadi apakah perbezaan di antara kedua-dua GAE ini?

Setiap kali anda membeli 1 unit GAE5X, anda akan mendapat pembiayaan sebanyak 4 unit manakala GAE10X pula, anda akan mendapat pembiayaan sebanyak 9 unit. BANYAK KAN!

GAE5X Quantum Metal

  • Modal untuk 1 unit adalah USD25 (RM110) – bergantung kepada nilai tukaran wang (FX Rate)
  • Pembiayaan sebanyak 4 unit yang bernilai USD100
  • Total unit yang anda dapat adalah sebanyak 5 unit (1 + 4)
  • Jadi jumlah keseluruhan pelaburan anda adalah USD125
  • Spread yang dikenakan adalah 4%
  • Management fee dikenakan sebanyak 3.5% setahun ke atas jumlah pembiayaan dan akan ditolak pada keuntungan semasa anda jual GAE5X

GAE10X Quantum Metal

  • Modal untuk 1 unit adalah USD250 (RM1100) – bergantung kepada nilai tukaran wang (FX Rate)
  • Syarikat akan berikan 9 unit tambahan bernilai USD2250
  • Total unit yang anda dapat adalah sebanyak 10 unit (1 + 9)
  • Jadi jumlah keseluruhan pelaburan anda adalah USD2500
  • Spread yang dikenakan adalah 3%
  • Management fee dikenakan sebanyak 3.5% setahun ke atas jumlah pembiayaan dan WAJIB bayar semasa anda membuat pembelian GAE10X

Contoh Kiraan GAE10X

Jom saya bagi contoh pengiraan untuk GAE10X.

Katakan anda beli GAE10X 10 unit berharga RM11,250 (FX Raxe : 1USD=RM4.50)

Anda akan mendapat pembiayaan sebanyak 90 unit yang bernilai USD22,500. Management fee yang dikenakan adalah USD787.50 setahun. Dari mana dapat jumlah fee ini?

Pembiayaan yang anda terima adalah USD22,500 maka fee sebanyak 3.5% akan dikenakan ke atas jumlah pembiayaan ini.

Oleh kerana anda perlu membayar management fee ini semasa pembelian (bagi GAE10X sahaja), maka modal anda untuk GAE10X adalah:

RM11,250 + (USD787.5 x RM4.5 ) = RM14,793.75

Dengan adanya pembiayaan Tawarruq ini, asset anda telahpun menjadi RM112,500. Macam mana pulak tu?

Anda beli 10 unit, anda mendapat pembiayaan 90 unit (GAE10X)

USD2,500 + USD22,500 = USD25,000 (RM112,500)

Best kan! Modal anda RM14,793.75 tapi anda mendapat asset bernilai RM112,500. Inilah dia konsep gandaan tersebut.

Katakanlah harga emas naik sebanyak 10% dalam masa 3 bulan. Jadi anda membuat pilihan untuk jual GAE10X anda ini. Macam mana kiraannya?

Nilai semasa asset anda akan menjadi RM123,750. Syarikat akan mengambil balik pembiayaan yang telah diberikan kepada anda iaitu sebanyak USD22,500 (90 unit). Jadi pengiraan dia adalah:

RM123,750 – ( USD22,500 x RM4.5 ) = RM22,500

Management fee yang anda telah bayar adalah RM3,543.75. Bayaran ini adalah untuk setahun kan, tapi anda jual selepas 3 bulan. Maka baki management fee anda akan dipulangkan semula.

RM3,543.75 / 365 = RM9.709 (Fee harian)

90 hari x RM9.709 = RM873.80 (Total fee untuk 3 bulan)

RM3,543.75 – RM873.80 = RM2,669.95 (Baki management fee)

Jadi berapakah keuntungan bersih yang anda akan dapat?

Modal termasuk dengan management fee = RM14,793.75

Keuntungan dengan kenaikan 10% = RM22,500

RM22,500 – RM14,793.75 = RM7706.25 + RM2669.95 (baki management fee)

JUMLAH KEUNTUNGAN BERSIH ANDA ADALAH RM10,376.20 !!

Anda nampak tak gandaan yang berlaku tu? Harga emas naik 10% tetapi anda mendapat keuntungan hampir 70%. Inilah pelaburan yang boleh menggandakan asset anda yang PATUH SYARIAH!

Risiko GAE

Setiap pelaburan pasti ada risiko yang tersendiri. GAE juga tidak terkecuali daripada risiko. Jadi apakah risiko bagi GAE di Quantum Metal ini?

Risiko anda adalah MASA. Mengapa saya katakan masa sebagai risiko?

Ini adalah kerana, anda hanya perlu mempunyai “Holding Power”. Sebab inilah saya suka mengingatkan kepada semua untuk menggunakan duit lebihan sahaja untuk membeli GAE ini. Jadi, sekiranya kajian tentang pergerakan harga emas tidak tepat dan harga emas turun selepas pembelian GAE anda, anda hanya perlu tunggu sahaja untuk harga emas itu naik kembali.

Sekiranya harga emas jatuh, anda tidak perlu untuk menambah modal bagi mengekalkan belian GAE anda. TIADA istilah “Margin Call” di mana modal anda akan hilang kerana tidak dapat menampung “Loss” seperti di “Forex Exchange.”

Staging

Oleh kerana tiada istilah “Margin Call”, anda boleh menggunakan teknik “Staging” untuk pembelian GAE anda.

Teknik staging ini adalah anda boleh menambah belian GAE ini sekiranya harga emas turun daripada harga belian GAE pertama anda.

Sebagai contoh, anda beli GAE10X 1 unit pada RM250 per gram.

Harga emas jatuh pada harga RM210 per gram. Di sini anda boleh menambah membeli lagi 1 unit GAE10X tanpa menjual pembelian yang pertama anda.

MENGAPA?

Ini adalah kerana, anda akan mendapat lebih banyak gram emas berbanding dengan pembelian pertama anda. Apabila harga emas sudah mula mendaki, anda akan mendapat keuntungan daripada pembelian GAE10X yang anda beli pada harga RM210 per gram dahulu.

Dengan teknik ini, anda akan mendapat keuntungan yang berterusan serta dapat mengurangkan masa untuk anda mendapat keuntungan.

Kesimpulan

Dengan fasiliti GAE ini, anda boleh menggandakan asset anda sebanyak 5X ganda (GAE5X) dan 10X ganda (GAE10X). Anda tidak akan dapat jumpa fasiliti seperti ini di tempat lain.

Calculator perbandingan di antara GSA dan GAE.

Kira potensi keuntungan GCA di Quantum Metal.

Nak daftar akaun Simpanan Emas Quantum Metal? Jom saya tunjuk cara nak daftar.

FAQ

Adakah produk Quantum Metal Sdn. Bhd. diaudit?

Ya, semua produk Quantum Metal Sdn Bhd diaudit sepenuhnya, dikawal selia, diperakui dan diiktiraf oleh pelbagai pakar dan penasihat syariah dan Tawafuq yang dikawal selia oleh pihak pengawal selia.

Jika saya tidak mahu mengeluarkan emas fizikal saya, bagaimana QM boleh memastikan keselamatan emas fizikal saya?

QM akan terus mengkreditkan jumlah emas yang setara ke dalam akaun emas pelanggan setelah menerima pengesahan pembayaran. Emas fizikal akan disimpan melalui Perkhidmatan Global Brinks (‘BRINKS’) yang dikenali sebagai bilik kebal Pihak Ketiga. BRINKS ialah antara syarikat terkemuka di dunia. Selain itu, emas fizikal Pelanggan juga 100% diinsuranskan oleh LLOYD’s London

Tambahan pula, Pelanggan mempunyai kebebasan untuk mengeluarkan emas fizikal mereka daripada Akaun Penyimpanan Emas (GSA) pada bila-bila masa kecuali bagi produk GAE5X / GAE10X yang tertakluk pada pengeluaran selepas penyelesaian pembayaran penuh kepada QM dibuat. Permohonan boleh dilakukan dengan memilih ‘Pengeluaran Fizikal’ daripada akaun GSA

Adakah saya perlu “Topup” perbezaan nilai jika harga emas turun di bawah 8% untuk Gold Asset Enhance (GAE)?

Tidak. Berdasarkan kepada pengumuman QM yang dibuat pada 1 Julai 2020 dan 28 Julai 2021, Pembeli TIDAK perlu ‘Top UP’ Panggilan Margin (margin call) atau membuat sebarang pembayaran tambahan kepada QM jika emas yang dibeli menunjukkan penurunan harga di bawah lapan peratus (8%). QM akan TIDAK akan menamatkan GAE Pembeli dan tidak akan ada ‘Force Selling’. Pembeli dibenarkan menyimpan pegangan aset emas mereka pada bila-bila masa sehingga nilai emas meningkat untuk memperoleh keuntungan. Oleh itu, Pembeli mempunyai hak pegangan 100% ke atas jumlah emas yang dibeli yang telah dikreditkan ke dalam GAE 5X / 10X mereka. Penamatan Kontrak sepenuhnya adalah di bawah budi bicara pilihan pembeli sendiri sama ada untuk menyimpan atau menjual pegangan emas mereka.

Siri produk Gold Asset Enhance (GAE) 5X/10X diberikan kepada pelanggan secara kredit atau pinjaman oleh Quantum Metal (QM)?

Pembelian siri produk GAE 5X / 10X daripada Quantum Metal diberikan atas dasar perjanjian untuk menyelesaikan jumlah tertunggak dan BUKAN sebagai pinjaman kepada pelanggan. Nilai belian atas jumlah emas akan dikreditkan terus ke dalam GAE 5X / 10X Pembeli masing-masing untuk memenuhi pematuhan Syariah apabila menerima pembayaran oleh QM. Pembeli mempunyai 100% pegangan jumlah tersebut dan boleh menjualnya pada bila-bila masa yang diinginkan.

Berapakan kadah Management Fee yang dikenakan untuk Gold Asset Enhance (GAE)?

Fee yang dikenakan bagi Gold Asset Enhance (GAE) adalah sebanyak 3.5% setahun ke atas jumlah pembiayaan yang diberikan.

Fee adalah Pro-Rate di mana anda akan dikenakan fee untuk tempoh yang anda gunakan sahaja.

profile image
Hasif Haron

Consultant QM

Nurha Group

No. Tel : +60125656066

kiraan zakat emas
Kiraan Zakat Emas

Pendahuluan Selamat datang, pembaca yang dihormati! Anda mungkin berada di sini kerana anda ingin tahu bagaimanakah kiraan zakat emas. Selamat datang ke panduan komprehensif ini.

Baca Artikel »