quantum metal simpanan emas patuh syariah

Cara Kira Keuntungan GCA

Untuk kira keuntungan GCA anda, ada beberapa data yang anda perlu ambil dari senarai GCA anda. Saya akan tunjukkan di mana anda boleh mengambil data-data tersebut. Sila log masuk ke dalam akaun Quantum Metal anda terlebih dahulu.

quantum metal

Setelah anda log masuk ke dalam akaun Quantum Metal anda, sila klik pada butang “View” di bahagian “Holding Inventory” untuk melihat senarai GCA anda.

Anda akan dapat lihat senarai GCA anda seperti di bawah.

gca profit calculator

Kemudian, anda klik pada “Ref ID” GCA yang anda mahu kira samada sudah untung ataupun belum.

gca profit calculator
4. Harga belian semasa buat GCA

Anda akan dapat lihat semua informasi tentang GCA anda di sini. Jadi untuk kira samada GCA anda sudah untung ataupun belum, ada beberapa data yang anda perlu ambil untuk dimasukkan kedalam calculator di bawah.

  1. Tarikh anda buat GCA – masukkan pada bahagian Buy Date
  2. Downpayment Value – masukkan pada bahagian Downpayment Value
  3. Harga emas semasa (LME) – masukkan pada bahagian Current Value
  4. Harga belian semasa buat GCA – masukkan pada bahagian GCA Buy Price

Sekiranya “Nett Gain / Loss” anda masih NEGATIVE. Ini bermaksud GCA anda masih RUGI. Pengiraan ini sudah diambil kira sekali SPREAD 7%.

Sekiranya anda ingin kira anggaran keuntungan GCA, anda boleh guna GCA Simulasi di sini.