quantum metal simpanan emas patuh syariah

Quantum Metal vs Public Gold

quantum metal vs public gold

Table of Contents

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp

Anda pening tak tahu nak mula menyimpan emas di mana? Nak tahu apakah perbezaan di antara Quantum Metal dan Public Gold?

Mari saya kongsikan pada artikel kali ini yang bertajuk “Quantum Metal vs Public Gold.”

Quantum Metal

Quantum Metal telah diwujudkan pada 2012 dan kini mempunyai tiga cawangan tersebar di Malaysia dan Thailand.

QM menawarkan 3 jenis akaun simpanan emas iaitu:

  • Gold Storage Account (GSA)
  • Gold Convert Account (GCA)
  • Gold Asset Enhancement (GAE)
    • GAE5X
    • GAE10X

Kesemua produk QM boleh dibeli secara online pada bila-bila masa (Isnin-Jumaat).

QM menggunakan teknologi fintech yang membolehkan anda membeli emas serendah RM10 sahaja dan emas anda akan disimpan di dalam akaun GSA. Emas fizikal anda pula disimpan di dalam peti besi syarikat pihak ketiga iaitu Brinks di Singapura.

Kesemua emas Quantum Metal mempunyai ketulenan 999.

Tiada caj simpanan yang dikenakan bagi GSA. Manakala bagi GCA dan GAE caj adalah 3.5% setahun.

Kesemua produk yang ditawarkan oleh QM disahkan patuh syariah oleh Tawafuq Consultancy.

Minima pengeluaran emas fizikal di Quantum Metal adalah serendah 0.01g dan tiada minima baki simpanan emas yang perlu anda tinggalkan.

Terdapat beberapa cara untuk pengeluaran emas fizikal:

  • Postage
  • Cawangan Ar-Rahnu
  • Mesin ATM Gold QM

Spread bagi pembelian emas Quantum Metal berbeza mengikut produk iaitu di antara 3%-7% sahaja.

Public Gold

Public Gold telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia.

PG menawarkan 1 akaun simpanan emas iaitu Gold Accumulation Program (GAP).

Anda boleh membeli emas pada bila-bila masa secara online di akaun GAP anda.

Emas Public Gold dihasilkan oleh Public Gold sendiri dan ketulenan emas adalah 999.

Minima pembelian emas di Public Gold adalah serendah RM100 dan tiada caj simpanan yang dikenakan.

Walaupun begitu, setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj premium yang berbeza mengikut berat dan jenis emas yang dipilih. Caj premium minimum adalah RM10 (untuk goldbar 1 gram) dan caj premium maksimum adalah RM250 (untuk goldbar 1 kilogram).

Berat minima yang boleh dikeluarkan adalah 1g dan baki minima yang perlu ada di dalam akaun GAP anda adalah 1g supaya akaun kekal aktif.

Akaun emas GAP Public Gold telah mendapat pengesahan kepatuhan syariah daripada Amanie Advisors Sdn Bhd.

Spread bagi akaun GAP di Public Gold adalah di antara 8%-9%.

Perbandingan Quantum Metal vs Public Gold

SyarikatQuantum MetalPublic Gold
Tahun Ditubuhkan20122008
Website Rasmiquantummetal.compublicgold.com.my
Caj PendaftaranPercumaPercuma
Cawangan3 cawangan
Malaysia
Thailand
Kini Dalam Proses Ke 15 buah negara dan Proses ke Nasdaq
18 cawangan
Malaysia
Singapura
Indonesia
Akaun EmasGold Storage Account (GSA)
Gold Convert Account (GCA)
Gold Asset Enhancement (GAE)
Gold Accumulation Program (GAP)
Spread3%-7%8%-9%
Emas 999.9The Perth Mint AustraliaPublic Gold
Patuh SyariahYa – Tawafuq ConsultancyYa – Amanie Advisors Sdn Bhd
Boleh Beli OnlineYaYa
Minima PembelianRM10RM100
Caj SimpananGSA – Tiada
GCA – 3.5% setahun
GAE – 3.5% setahun
GAP – Tiada
Pajak / Gadai – 1% sebulan
Cara Penebusan Emas FizikalPenghantaran ke rumah
Self pickup di HQ
Cawangan Ar-Rahnu Tekun
Gold ATM Quantum Metal di HQ
Cawangan Public Gold
Lokasi Simpanan EmasSecure Gold Vault Storage in Brinks SingaporeDi Malaysia
Insurans100% oleh Lloyds of LondonGAP di insuranskan oleh Lonpac Insurance Berhad sehingga Rm15Juta dan akan ditambah mengikut simpanan di GAP

Ini adalah jadual perbandingan di antara Quantum Metal vs Public Gold, semoga penulisan saya ini dapat membantu anda untuk tentukan di mana anda mahu mulakan simpanan emas anda.

Kesimpulan

Quantum Metal memberi fokus kepada produk Emas Fizikal dan Emas Digital (penyelesaian Fintech EMAS Islamik sepenuhnya pertama di dunia yang menawarkan pematuhan syariah mengikut Standard Dunia AAOIFI). Salah satu produk yang paling popular di Quantum Metal ialah Gold Asset Enhance (GAE10X), yang menawarkan konsep pembiayaan TAWARRUQ dan memberikan kelebihan yang tidak terdapat pada syarikat lain. Di sisi lain, Public Gold lebih menumpukan kepada simpanan Fizikal. Kedua-dua mempunyai kelebihannya tersendiri, oleh itu, pilihan ada di tangan anda.

Nak daftar akaun simpanan emas Quantum Metal?

profile image
Hasif Haron

Consultant QM

Nurha Group

No. Tel : +60125656066

kiraan zakat emas
Kiraan Zakat Emas

Pendahuluan Selamat datang, pembaca yang dihormati! Anda mungkin berada di sini kerana anda ingin tahu bagaimanakah kiraan zakat emas. Selamat datang ke panduan komprehensif ini.

Baca Artikel »